Status ; FARA ? HADI . NADI & ALIETO ?
Beautiful Flowers
Tiada Siapa Mengetahuinya ......
Wednesday, 29 August 2012 | 20:27 | 0 Rain[s]
Pernah terlintas dalam fikiran nie, untuk berterus-terang tentang segalanya. Terlalu sakit hati menanggung pedih, terlalu derita kepala memikirkan masalah, terlalu berat menanggung beban di bahu. Semuanya, tiada kesudahan....... Namun sebagai manusia, yang mampu dibuat hanya sabar, tabah, cuba menjadi manusia berguna dalam hidup sendiri. Hmm ....

Sesungguhnya Allah Maha Adil. Setiap yang tercatat, yang terjadi, ada hikmahnya. Sebagai manusia yang sememangnya kerdil, hina di mata Allah, cuma mampu menadah tangan minta segala dosa diampunkan. Allah Hu Akbar ! :'(

Entah kenapa sejak dua menjak nie kepala Fara serabut sangat, menangis? Tidak lah, cuma mengeluh kepenatan dengan masalah manusia atas muka bumi nie. Ya, sebut tentang manusia. Satu perkataan, tujuh huruf namun mempunyai perlbagai jenis manusia. Baik, jahat, ikhlas, bongkak, iri hati, suka menolong and macam-macam. Fara nak luah perasaan sebenarnya. Nak luah pada Ieqa dan Jie, takut menangis. Pada Hadi? Lagi la tak, silap hari bulan kena gelak. Tak nak. Hmmm.

Fara sedih, Fara kecewa, Fara sebak. Kenapa? Sebab kawan masing-masing berubah. Yang dulunya rapat, jadi renggang. Yang dulunya baik tak pernah cakap lepas dengan Fara, sekarang dah pandai mencarut dan kutuk Fara. Tak dinafikan Fara ada juga buat semua tu, tapi Fara fikir. Fara masih tapis setiap perkataan yang keluar dari mulut Fara. Ada pepatah kata 'lidah itu lebih tajam dari pedang yang mana mampu memenggal leher seseorang'. 
Dek kerana sayangkan kawan, Fara diam. Kalau cakap apa boleh Fara dapat? Mengharap mereka berubah, ohh tidak. Itu mungkin jauh sama sekali. Manusia bila dah terbiasa dengan apa yang dibuatnya sudah tentu sukar untuk meninggalkan tabiatnya. Fara sayang kawan-kawan Fara. SAYANG SANGAT. Tak pernah harap mereka bagi kesenangan pada Fara, tak pernah mintak belanja Fara itu ini. Cukuplah ada ketika susah dan senang. Itu dah cukup. Tipu Fara kata Fara tak sentap bila mereka cakap kasar dengan Fara. Tapi tak apa, Fara tak kisah. Sebab itu cara mereka bergurau.

Tadi onn facebook, ada yang buat status pasal berubah. Tengok komen, macam ditujukan pada Fara, Ieqa and Jie. Kalau betul, Fara tak kisah. Cuma Fara nak bagitahu, korang yang berubah. Fara masih sama, tak lagi berubah 100%. Masih ada Farahana yang lama dalam diri nie. Cuma sekarang dia jadi semakin kuat, semakin kebal. Hanya gara-gara diri nie selalu dipijak. Sakit hati, terasa, menangis tak usah dikira. Hmmm. 

Fara cuma nak keadaaan kembali normal. Rindu masa form 1 dulu, rindu FANTASIA. Tapi Fara tahu, semua tu tak mungkin kembali. Masing-masing bawa haluan sendiri. Tak ada apa boleh dibuat. Sekarang, Fara cuma selalu doakan kawan-kawan Fara supaya hidup mereka sentiasa bahagia, panjang umur dan berjaya menjadi manusia berguna suatu hari nanti. Amin Ya Rabbalalamin :') *kesat air mata.

Jie dan Ieqa, awak berdualah kekuatan saya. Saya sayangkan awak berdua. Mencari kawan yang bersama waktu gembira memang senang. Tapi saya bersyukur kerana awak berdua selalu ada bersama saya waktu susah dan juga waktu senang. Saya harapkan awak berdua takkan tinggalkan saya, biarkan saya seorang diri harungi masalah nanti. Sumpah, sayang sangat korang berdua :'D Dan Hadi, saya sayang awak juga. Terima kasih selalu sangat buat saya senyum. Sayang awak Pluto ;')

Bonjour
You've Stuck


Welcome to My blog. I hope you +Follow me.
italic underline bold Link

Old Post